Saturday 4 February 2012

Program AADK Bersama PLKN

Program ini telah dijalankan pada 04 Februari 2012 bertempat di PLKN, Kem Sinar Jaya Kota Belud.  Seramai 352 orang pelatih PLKN, 2 orang Pegawai daripada Klinik 'Cure & Care', 4 orang Pegawai Agensi daripada AADK Negeri Sabah, 3 Orang Pegawai Agensi daripada AADK Daerah Tuaran, 3 Orang Pegawai Agensi daripada AADK Daerah Kudat dan 3 orang PRS AADK terlibat dalam menjayakan program tersebut.  Program ini di ketuai oleh Pn. Fazilawati Aji, Ketua Pegawai Daerah Kudat. 





















Tahniah diucapkan kepada semua pelatih PLKN Kem sinar Jaya Kota Belud Siri 1/2012 kerana memberikan kerjasama yang sungguh bersemangat.

Terima Kasih diucapkan kepada Warga Kerja AADK dan Warga Kerja Kem Sinar Jaya Kota Belud di atas komitmen yang diberikan.

Program Gotong Royong Perdana Siri 1

Program Khidmat Masyarakat, Gotong Royong Perdana telah dijalankan pada 14 Januari 2012 (Sabtu) bertempat di Pusat Pemulihan Dalam Komuniti yang melibatkan masyarakat setempat dan kakitangan Pusat Pemulihan Dalam Komuniti beserta beberapa orang PRS AADK Daerah Tuaran.




Program Pencegahan Sekolah Bebas Dadah

 Program Pencegahan Pendidikan Sekolah Bebas Dadah telah dijalankan di SMK Badin Tuaran pada 11 Januari 2012.  Ceramah ini telah dikendalikan oleh Encik Mohamad Rudy Jeckrey.

Pelajar Sekolah yang tekun mendengar ceramah dari Pegawai Agensi Antidadah.



Carta Organisasi AADK Daerah Tuaran

Saturday 28 January 2012

Penubuhan AADK Tuaran

Pada 03 Januari 2011, AADK Negeri Sabah telah mewujudkan dua buah AADK Daerah baru, AADK Daerah Tuaran dan AADK Daerah Beaufort.  AADK Daerah Tuaran terletak di Tingkat 2, Bangunan Urusetia Daerah, 89208 Tuaran.  Ketua Daerah Tuaran disandang oleh Encik Asraf Hafiz bin Ruslan dan dibantu oleh 3 orang pembantu pegawai (Encik Mohammad Fajari bin Joji, Encik Rosdi bin seli dan Cik Razizan binti Anedin).  Pada awal Februari 2011 seorang pembantu pegawai AADK Tuaran, Encik Mohammad Fajari Joji telah dinaikkan jawatan dan berpindah ke AADK Klang.  Dengan kekuatan seramai 3 orang pegawai termasuk Ketua Daerah, semua program pemulihan dan pencegahan bagi 5 buah Daerah ( Daerah Tuaran, Daerah Tamparuli, Daerah Kota Belud, Daerah Kudat dan Daerah Kota Marudu ) dijalankan.  Pada pertengah Jun 2011 seorang pembantu pegawai, Puan Ireni Joannes (Kini ditempatkan di AADK Negeri Sabah) telah ditempat di AADK Tuaran bagi membantu melicinkan lagi masalah kekangan kerja yang dihadapi.  Namun, pada Ogos 2011 Puan Ireni Joannes telah ditempatkan di AADK Negeri Sabah.

Pada November 2011 AADK Negeri Sabah sekali lagi mewujudkan 2 buah Daerah baru, AADK Daerah Ranau dan AADK Daerah Kudat. Dengan Pengwujudan AADK Daerah Kudat, beban kerja AADK Daerah Tuaran berkurangan disebabkan Daerah Kudat dan Daerah Kota Marudu diletakkan dibawah seliaan AADK Daerah Kudat.

Kini dengan kekuatan seramai 1 orang Pegawai (Encik Asraf Hafiz bin Ruslan) dan 3 orang Pembantu Pegawai ( Encik Ahmad Fauzan bin Abd Mali, Mohamad Rudy Jeckrey dan Cik Razizan binti Anedin), semua program pemulihan dan pencegahan di 3 buah Daerah (Daerah Tuaran, Daerah Tamparuli dan Daerah Kota Belud) dijalankan seiring dengan program transformasi yang diperkenalkan oleh AADK Ibu Pejabat.

Agensi Antidadah Kebangsaan Daerah Tuaran
Kementerian Dalam Negeri
Tingkat 2, Bangunan Urusetia Daerah
89208 Tuaran,
Nombor Telefon : 088-788336
Nombor Fax : 088-788339