Saturday 28 January 2012

Penubuhan AADK Tuaran

Pada 03 Januari 2011, AADK Negeri Sabah telah mewujudkan dua buah AADK Daerah baru, AADK Daerah Tuaran dan AADK Daerah Beaufort.  AADK Daerah Tuaran terletak di Tingkat 2, Bangunan Urusetia Daerah, 89208 Tuaran.  Ketua Daerah Tuaran disandang oleh Encik Asraf Hafiz bin Ruslan dan dibantu oleh 3 orang pembantu pegawai (Encik Mohammad Fajari bin Joji, Encik Rosdi bin seli dan Cik Razizan binti Anedin).  Pada awal Februari 2011 seorang pembantu pegawai AADK Tuaran, Encik Mohammad Fajari Joji telah dinaikkan jawatan dan berpindah ke AADK Klang.  Dengan kekuatan seramai 3 orang pegawai termasuk Ketua Daerah, semua program pemulihan dan pencegahan bagi 5 buah Daerah ( Daerah Tuaran, Daerah Tamparuli, Daerah Kota Belud, Daerah Kudat dan Daerah Kota Marudu ) dijalankan.  Pada pertengah Jun 2011 seorang pembantu pegawai, Puan Ireni Joannes (Kini ditempatkan di AADK Negeri Sabah) telah ditempat di AADK Tuaran bagi membantu melicinkan lagi masalah kekangan kerja yang dihadapi.  Namun, pada Ogos 2011 Puan Ireni Joannes telah ditempatkan di AADK Negeri Sabah.

Pada November 2011 AADK Negeri Sabah sekali lagi mewujudkan 2 buah Daerah baru, AADK Daerah Ranau dan AADK Daerah Kudat. Dengan Pengwujudan AADK Daerah Kudat, beban kerja AADK Daerah Tuaran berkurangan disebabkan Daerah Kudat dan Daerah Kota Marudu diletakkan dibawah seliaan AADK Daerah Kudat.

Kini dengan kekuatan seramai 1 orang Pegawai (Encik Asraf Hafiz bin Ruslan) dan 3 orang Pembantu Pegawai ( Encik Ahmad Fauzan bin Abd Mali, Mohamad Rudy Jeckrey dan Cik Razizan binti Anedin), semua program pemulihan dan pencegahan di 3 buah Daerah (Daerah Tuaran, Daerah Tamparuli dan Daerah Kota Belud) dijalankan seiring dengan program transformasi yang diperkenalkan oleh AADK Ibu Pejabat.

Agensi Antidadah Kebangsaan Daerah Tuaran
Kementerian Dalam Negeri
Tingkat 2, Bangunan Urusetia Daerah
89208 Tuaran,
Nombor Telefon : 088-788336
Nombor Fax : 088-788339